Wednesday, February 2, 2011

ABOUT PERANTAU KETEREH

Bertitik tolak Pandangan Peribadi daripada YBhg Tan Sri Annuar Musa pada tahun 2008 yang pada ketika itu merupakan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Kelantan, yang ingin melihat ANAK-ANAK KETEREH yang berada di PERANTAUAN untuk menubuhkan satu organisasi yang boleh merapatkan hubungan & silaturrahim di kalangan ANAK-ANAK KETEREH khususnya yang berada di Perantauan, Lembah Klang dan lain-lain tempat.

Melalui PERANTAU KETEREH, anak-anak Ketereh yang sememangnya berasal daripada Parlimen Ketereh (MELOR /KADOK / KOK LANAS) dapat berinteraksi, bertukar-tukar pandangan serta melakukan aktiviti-aktiviti & perjumpaan yang memberi manafaat kepada setiap ahli dan ANAK-ANAK KETEREH khususnya. Sejak daripada 2008, pelbagai aktiviti telah dilaksanakan dan tanggungjawab hakiki PERANTAU KETEREH untuk memastikan ANAK-ANAK KETEREH yang berada di PERANTAUAN sentiasa terpelihara dan kerjasama erat antara setiap ahli mampu memberi kesan yang mendalam terhadap pembangunan insaniah Warga Ketereh yang berada di Perantauan.

PERANTAU KETEREH turut bertindak sebagai agen dan pusat sehenti bagi ANAK-ANAK KETEREH yang baru memulakan kehidupan di Perantauan untuk berkongsi pandangan, peluang-peluang perniagaan serta peluang pekerjaan yang mampu diusahakan bagi membolehkan hubungan kekeluargaan ANAK-ANAK KETEREH melalui Perantau Ketereh senantiasa mendapat Perlindungan ALLAH SWT.
PERANTAU KETEREH mengalu-alukan semua ANAK-ANAK KETEREH yang sememangnya lahir, dibesarkan, bersekolah dan berasal daripada PARLIMEN KETEREH untuk bersama-sama kami, berorganisasi di bawah satu bumbung, iaitu bumbung keluarga PERANTAU KETEREH.

No comments:

Post a Comment