Saturday, February 26, 2011

CARTA ORGANISASI PERANTAU KETEREH

PENAUNG: YBhg Tan Sri Panglima Hj. Annuar Musa
PENASIHAT: YB Datuk Hj. Alwi Che Mat

PRESIDEN/PENYELARAS PARLIMEN:
TIMB.PRESIDEN/TIMB.PENYELARAS:


SETIAUSAHA:
SETIAUSAHA KERJA:
BENDAHARI:
 

AJK:
1.
2.
3.
4.
5.

DUN MELOR
PENYELARAS DUN:
TIMB.PENYELARAS DUN:
SETIAUSAHA PENYELARAS DUN:
AJK DUN:


DUN KADOK
PENYELARAS DUN:
TIMB.PENYELARAS DUN:
SETIAUSAHA PENYELARAS DUN:
AJK DUN:


DUN KOK LANASPENYELARAS DUN:
TIMB.PENYELARAS DUN:
SETIAUSAHA PENYELARAS DUN:
AJK DUN:

HUBUNGI KAMI!

Sebarang Pertanyaan & Kemusykilan berhubung PERANTAU KETEREH, organisasi untuk ANAK-ANAK KETEREH DI PERANTAUAN, sila hubungi:

HELMIEHASSAN - 014.322.5.888

MANLOYAR - 019.322.3.979

EMAIL : perantau.ketereh@gmail.com

Monday, February 21, 2011

DAFTAR PEMILIH! SUDAHKAH ANDA MENDAFTAR SEBAGAI PEMILIH!



PERANTAU KETEREH MENYERU SEMUA ANAK-ANAK KETEREH YANG BERADA DI PERANTAUAN/LEMBAH KLANG YANG BERUMUR >21 TAHUN & LAYAK MENGUNDI UNTUK BERDAFTAR SEBAGAI PEMILIH BERSAMA SURUHANJAYA PILIHANRAYA MALAYSIA (SPR)
SILA LAYARI http://www.spr.gov.my/

PENDAFTARAN PEMILIH
 
1. Latar Belakang
 
Mengikut Perkara 113 Perlembagaan Persekutuan, salah satu fungsi SPR adalah untuk mendaftarkan warganegara yang layak sebagai pemilih supaya mereka dapat menyertai proses memilih wakil untuk menyuarakan pendapat mereka dalam Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri.
 
Urusan pendaftaran ini telah dilaksanakan oleh SPR semenjak ia ditubuhkan tanpa gagal. Urusan yang dahulunya dilakukan secara bermusim iaitu setahun sekali selama antara 21 hingga 42 hari, kini dibuka setiap hari untuk sepanjang tahun sejak 16 Julai 2002.
 
2. Kenapa Anda Perlu Mendaftar ?
 
Adalah menjadi hak setiap warga negara yang layak untuk memilih kerajaan untuk memerintah negara melalui pemilihan wakil rakyat untuk mewakili mereka di Dewan Rakyat dan Dewan-dewan Undangan Negeri. Sebelum anda dibenarkan mengundi wakil rakyat pilihan anda dalam pilihan raya umum atau pilihan raya kecil, anda perlulah mendaftarkan nama anda sebagai pemilih. Anda tidak boleh mengundi sekiranya nama anda tidak disenaraikan dalam daftar pemilih.
 
3. Siapa Boleh Mendaftar ?
 
Syarat-syarat kelayakan untuk mendaftar sebagai pemilih adalah seperti yang berikut:
 
(a)
seorang warganegara Malaysia;
(b)
telah mencapai umur 21 tahun;
(c)
bermastautin di bahagian pilihan raya yang ingin didaftarkan; dan
(d)
tidak dihalang / hilang kelayakan oleh undang-undang yang berkuat kuasa.
 
4. Jenis-Jenis Pendaftaran
 
SPR menjalankan 2 jenis pendaftaran pemilih iaitu:
 
(a)
Pendaftaran Baru: SPR menerima permohonan warganegara yang memohon untuk mendaftar sebagai pemilih buat pertama kali.
(b)
Pendaftaran Tukar Alamat dan Pusat Mengundi: SPR juga menerima permohonan pemilih berdaftar yang memohon untuk mendaftarkan alamat tempat tinggalnya yang baru. Ia dikaitkan dengan pertukaran alamat Pusat Mengundi kerana secara lazimnya, sekiranya seorang pemilih berpindah ke tempat baru, maka, Pusat Mengundinya akan ditetapkan mengikut pendaftaran alamat tempat barunya itu.
 
5. Jenis-Jenis Pemilih?
 
Mengikut undang-undang pilihan raya, SPR boleh mendaftarkan 2 jenis pemilih iaitu:
 
(a)
Pemilih Biasa: Pemilih biasa adalah pemilih berdaftar yang perlu hadir untuk mengundi di pusat-pusat mengundi semasa pilihan raya.
(b)
Pengundi Tidak Hadir: Pengundi Tidak Hadir atau PTH adalah golongan pemilih yang dinyatakan dalam Peraturan 2, Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002, iaitu, anggota tentera dan pasangan, anggota perkhidmatan awam yang bertugas di luar negara dan pasangan yang menetap bersamanya serta pelajar sepenuh masa yang menuntut di luar negara dan pasangan yang menetap bersamanya. PTH ini dibenarkan mengundi secara pos.
 
6. Di Mana Tempat Untuk Mendaftar?
 
Untuk Pemilih Biasa
 
Sekiranya anda adalah warganegara yang telah layak tetapi belum mendaftar sebagai pemilih atau seorang pemilih yang ingin mendaftarkan pertukaran alamat pusat mengundi, anda boleh melakukannya di:
 
(a)
pejabat-pejabat SPR
(b)
pejabat-pejabat pos berkomputer
(c)
wakil-wakil jabatan
(d)
wakil-wakil parti politik (daftar baru sahaja);
(e)
Pasukan Outreach SPR |Tiada aktiviti ketika ini
 
Bagi warganegara yang tidak layak mendaftar sebagai PTH, tetapi berada di luar Negara, anda masih boleh mendaftar sebagai pemilih biasa melalui pejabat-pejabat Pesuruhjaya Tinggi, Kedutaan atau Konsulat Malaysia di luar negara.
 
Untuk Pemilih Tidak Hadir
 
Sekiranya anda adalah tergolong dalam golongan yang layak mendaftar sebagai PTH, ada boleh mendaftar di tempat-tempat seperti yang berikut:
 
(a)
Jabatan Arah Rekod dan Pencen (JRP)bagi anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM)
(b)
Pejabat Pesuruhjaya Tinggi, Kedutaan atau Konsulat Malaysia di luar Negara bagi pegawai awam luar negara dan pelajar serta pasangan.
 
7. Bagaimana Cara Untuk Mendaftar?
 
Untuk Pemilih Biasa
 
Untuk mendaftar sebagai pemilih biasa, anda perlu:
 
(a)
datang sendiri ke mana-mana pusat-pusat pendaftaran;
(b)
serahkan kad pengenalan anda kepada petugas SPR yang akan mengisikan borang pendaftaran anda;
(c)
semak borang pendaftaran yang telah diisikan oleh petugas SPR dan pastikan semua maklumat yang diisikan adalah betul dan mengikut sebagaimana dalam kad pengenalan anda sebelum menurunkan tandatangan;
(d)
menurunkan tandatangan anda selepas berpuas hati; dan
(e)
dapatkan salinan borang pendaftaran dan simpan sebagai bukti sekiranya perlu untuk membuat sebarang tuntutan semasa tempoh pameran, Rang Daftar Pemilih Tambahan nanti.
 
Untuk Pengundi Tidak Hadir
 
Anggota Tentera
 
Pendaftaran PTH dari kalangan ATM dilaksanakan oleh pegawai-pegawai JRP-ATM. Untuk mendaftar sebagai PTH, anda perlu:
 
(a)
menghubungi petugas-petugas SPR yang dilantik dari kalangan pegawai JRP;
(b)
serahkan kad pengenalan tentera anda dan MyKAD (untuk pasangan) kepada petugas yang dilantik oleh SPR yang akan mengisikan borang pendaftaran anda.
(c)
apabila diserahkan kembali borang yang telah diisikan, semak borang pendaftaran yang telah diisikan dan pastikan semua maklumat yang diisikan adalah betul, sebelum menurunkan tandatangan;
(d)
turunkan tandatangan anda selepas berpuas hati; dan;
(e)
dapatkan salinan borang pendaftaran dan simpan sebagai bukti sekiranya perlu untuk membuat sebarang tuntutan semasa tempoh pameran draf Daftar Pemilih Tambahan.
 
Nota:
(a)
Pusat Mengundi anggota ATM dan pasangan adalah ditetapkan mengikut alamat tempat bertugas anggota ATM tersebut.
(b)
Hanya anggota ATM dan pasangannya sahaja yang layak untuk mendaftar sebagai PTH. Anggota keluarga yang lain perlu mendaftar sebagai pemilih biasa dan Pusat Mengundi ditetapkan menggunakan alamat kediaman pemohon (sebagaimana dalam kad pengenalan).
 
Warganegara Malaysia yang Berada di Luar Negara
 
Pendaftaran PTH dari kalangan penjawat awam atau pelajar di luar Negara serta pasangan mereka dilaksanakan oleh pegawai-pegawai pejabat Pesuruhjaya Tinggi, Kedutaan atau Konsulat Malaysia di luar negara. Untuk mendaftar sebagai PTH (luar negara), anda perlu:
 
(a)
datang sendiri ke pejabat Pesuruhjaya Tinggi, Kedutaan atau Konsulat Malaysia di luar negara;
(b)
serahkan MyKad anda kepada petugas yang dilantik oleh SPR yang akan mengisikan borang pendaftaran anda;
(c)
nyatakan alamat tempat tinggal di luar Negara anda, pekerjaan anda dan nombor siri borang A kepada petugas untuk diisikan dalam sehelai kertas A4 dan dikepilkan dengan borang pendaftaran anda.
(d)
semak borang pendaftaran yang telah diisikan dan pastikan semua maklumat yang diisikan adalah betul, sebelum menurunkan tandatangan;
(e)
turunkan tandatangan anda setelah berpuas hati; dan
(f)
dapatkan salinan borang pendaftaran dan simpan sebagai bukti sekiranya perlu untuk membuat sebarang tuntutan semasa tempoh pameran Rang Daftar Pemilih Tambahan.
TAHUKAH ANDA .. [ upload pada : 19 Oktober 2010 ]
1.
Tahukah anda bahawa seorang pesara Tentera atau Pesara Polis, adalah tidak secara automatik menjadi Pengundi Awam selepas bersara. Oleh itu jika anda bersara daripada Perkhidmatan Tentera atau Perkhidmatan Polis, anda perlu membuat pendaftaran yang baru menggunakan Kad Pengenalan Awam (Mykad) untuk menjadi seorang Pengundi Awam.
 
 

 
TAHUKAH ANDA ..[ upload pada : 14 Oktober 2010 ]
1.
Tahukah anda bahawa penentuan Lokaliti dan Pusat Mengundi untuk anda adalah ditentukan mengikut alamat yang terdapat dalam Kad Pengenalan anda. Oleh itu untuk memohon pertukaran alamat Pusat Mengundi, anda perlu menukarkan alamat terkini anda dalam Kad Pengenalan anda terlebih dahulu di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Untuk memohon pertukaran Pusat Mengundi, anda perlu HADIR SENDIRI dengan membawa Kad Pengenalan atau Resit Sementara JPN ke mana-mana Pejabat SPR atau Kaunter Pendaftaran SPR di seluruh negara atau di mana-mana Pejabat Pos (berkomputer) di seluruh negara.
 
 

 
 
 
TAHUKAH ANDA ..[ upload pada : 26 Ogos 2010 ]
1.
Bahawa pembahagian kawasan-kawasan pilihan raya di seluruh negara dibuat mengikut Bahagian Pilihan Raya PARLIMEN, yang di dalamnya mengandungi sekurang-kurangnya dua kawasan Dewan Undangan Negeri dan Bahagian Pilihan Raya Negeri yang dikenali sebagai Bahagian Dewan Undangan Negeri (DUN). Di dalam kawasan DUN mengandungi beberapa DAERAH MENGUNDI (DM) dan di dalam DM mengandungi LOKALITI-LOKALITI yang dibahagikan mengikut alamat bermaustautin pemilih seperti yang didaftarkan dalam Daftar Pemilih. LOKALITI merupakan unit yang terkecil dalam bahagian pilihan raya, diikuti dengan DAERAH MENGUNDI, Bahagaian DUN dan Bahagian PARLIMEN. Sehingga Disember 2009, terdapat sebanyak 222 Bahagian Parlimen, 576 Bahagian NEGERI (DUN), 7425 DAERAH MENGUNDI dan 81382 Jumlah LOKALITI diseluruh negara.
 
 
 
 

 
TAHUKAH ANDA ..[ upload pada : 17 Ogos 2010 ]
1.
SPR juga menetapkan dasar tidak lebih daripada 3,850 pemilih berdaftar dikhaskan untuk setiap Pusat Mengundi. Apabila SPR mendapati sesuatu Pusat Mengundi itu telah mempunyai jumlah pemilih melebihi jumlah tersebut, jika terdapat di dalam Daerah Mengundi berkenaan bangunan sekolah, dewan orang ramai dan sebagainya, SPR diberi kuasa di bawah Akta Pilihan Raya 1958 untuk membuat urusan Belah-bahagi ( redistricting ) Daerah Mengundi berkenaan. Melalui urusan Belah-bahagi Daerah Mengundi ini SPR dapat membuka satu Pusat Mengundi baru di dalam DM yang baru. Melalui tindakan ini, SPR dapat mengurangkan kesesakan dan memberi keselesaan kepada para pengundi pada Hari Pengundian.
 
 
 
 

 
 
TAHUKAH ANDA ..[ upload pada : 11 Ogos 2010 ]
1.
Dalam pengurusan pilihan raya, selaras dengan Peraturan-Peraturan Pilihan Raya ( Penjalanan Pilihan Raya ) 1981, SPR menetapkan dasar setiap Daerah Mengundi (polling district ) mempunyai satu Pusat Mengundi (polling centre). Ini bagi memastikan semua pemilih berdaftar dalam sesuatu Daerah Mengundi akan mengundi di Pusat Mengundi yang sama pada Hari Mengundi. Setiap Pusat Mengundi mempunyai sekurang-kurangnya satu saluran atau sehingga beberapa saluran Tempat Mengundi (polling stations). Ini bergantung kepada jumlah pemilih berdaftar dalam Daerah Mengundi berkenaan. SPR juga menetapkan tidak lebih daripada 700 pemilih berdaftar dikhaskan untuk setiap saluran Tempat Mengundi, melainkan saluran pertama (Saluran 1) yang dihadkan tidak lebih daripada 350 pemilih Warga Emas. Dengan ketetapan ini setiap warga tua yang datang untuk mengundi akan lebih selesa dan dapat mengundi lebih cepat.
 
 
 
 

 
 
 


TAHUKAH ANDA ..[ upload pada : 29 Jun 2010 ]
1.
Apabila anda berpindah ke tempat lain dan membuat pertukaran alamat di dalam Mykad dengan JPN, ini tidak secara automatik akan menukarkan tempat anda mengundi. Anda perlu memohon dengan SPR untuk pertukaran alamat di dalam Daftar Pemilih ke tempat mengundi yang beru mengikut alamat baru di dalam Mykad anda.

 
 
 
TAHUKAH ANDA ..[ upload pada : 24 Jun 2010 ]
1.
Apabila anda mendaftar sebagai Pemilih, tempat atau kawasan Bahagian Pilihan Raya di mana anda akan mengundi ( Parlimen dan Negeri ) adalah ditentukan berdasarkan alamat di dalam Daftar Pemilih iaitu mengikut alamat di dalam Mykad anda.

 
 
TAHUKAH ANDA ..[ upload pada : 21 Jun 2010 ]
 
1.
SPR hanya memotong nama seseorang dari Daftar Pemilih berpunca dua faktor

a
apabila menerima pengesahan kematian dari JPN
b
menerima pengesahan sabitan kesalahan Mahkamah yang melibatkan hukuman penjara melebihi 1 tahun atau / dan denda melebihi RM2000.00
 
TAHUKAH ANDA ..[ upload pada : 16 Jun 2010 ]
 
1.
Nama Pemilih Berdaftar yang telah meninggal dunia tidak boleh dikeluarkan daripada Daftar Pemilih selagi pengesahan rasmi kematian tidak diterima dari Jabatan Pendaftaran Negara ( JPN ). Oleh itu, anda hendaklah memaklumkan kematian waris anda kepada JPN untuk dikeluarkan sijil kematian. Sijil penguburan yang dikeluarkan oleh Balai Polis tidak boleh digunakan SPR untuk memotong nama seseorang daripada Daftar Pemilih. Sjili kematian yang sah daripada JPN sahaj yang boleh diterima sebagai bukti kematian seseorang Pemilih Berdaftar.
 
 
 
 

Sekitar Majlis Ramah Mesra & Perasmian WebBlog PERANTAU

Pada 20hb Feb bertempat di Laman Tiba,  Taman Tasik Titiwangsa, YBhg Tan Sri Panglima Annuar Musa dengan rasminya melancarkan webBlog PERANTAU, www.perantauketereh.blogspot.com
FACEBOOK Perantau turut sama dilancarkan bagi menghubungkan Anak-anak Ketereh Di Perantauan.
 


 













 

 

Layari Facebook Perantau Ketereh (Click Sini) untuk gambar-gambar selebihnya.

Saturday, February 19, 2011

PELANCARAN WEBSITE & LOGO ANAK-ANAK KETEREH DI PERANTAUAN (PERANTAU)

Tarikh : 20hb Februari 2011
Tempat : Laman Tiba, Taman Tasik Titiwangsa

Dilancarkan oleh : Ybhg Tan Sri Panglima Hj. Annuar Musa


WEBSITE PERANTAU


 

LOGO PERANTAU


Wednesday, February 16, 2011

PERUTUSAN MAULIDUR RASUL DS NAJIB : PERPADUAN KEKUATAN UMAT ISLAM




Perpaduan Kekuatan Umat Islam – Najib
February 15, 2011 by Admin

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengajak umat Islam supaya menjadikan sambutan Maulidur Rasul yang penuh keberkatan sebagai pemangkin untuk terus melonjakkan transformasi negara secara holistik dalam semua bidang.
Beliau berkata ia bagi melahirkan kekuatan satu ummah yang progresif dan menjadi umat yang hebat sebagaimana Rasulullah s.a.w merupakan insan yang hebat.

“Saya mendoakan agar sambutan Maulid Rasulullah S.A.W. kali ini benar-benar menggerakkan kita untuk berjuang mencapai hasanah di dunia dan di akhirat, sebagaimana yang dianjurkan oleh Rasulullah S.A.W. Insya Allah,” katanya dalam perutusan Maulidur Rasul 1432H dalam blog beliau www.1malaysia.com.my hari ini.
Najib berkata bertepatan dengan tema Maulidur Rasul pada tahun ini iaitu “1Malaysia, 1Ummah”, sudah tentulah Rasulullah S.A.W. sebagai ikon terbaik semua umat manusia, maka sirah baginda telah membuktikan bahawa baginda amat mengutamakan perpaduan antara umat yang berbilang kaum dan agama di Madinah.

“Iktibar ini dilaksanakan di negara kita melalui penghayatan 1Malaysia, 1Ummah,” katanya.
Najib berkata kekuatan berpaksikan perpaduan inilah yang menjadi rencah utama membawa transformasi murni kepada umat Islam di negara ini dan mesej ini perlu dihayati dan disebarkan kepada seluruh dunia Islam.
“Dalam era globalisasi ini, apa sahaja krisis yang berlaku di negara lain, akan dirasai impaknya oleh negara kita,” katanya.
Mengambil contoh pergolakan yang berlaku di Mesir, Perdana Menteri berkata krisis politik negara itu telah turut memberi kesan langsung kepada 11,000 orang pelajar dan rakyat Malaysia di sana.

Beliau berkata bagi memastikan aset muda dan bakal pewaris negara ini selamat, kerajaan telah menjalankan misi menyelamat dengan pantas dan berkesan meskipun berhadapan dengan pelbagai cabaran dan halangan.
“Namun, usaha membawa rakyat Malaysia keluar dari Mesir tetap diteruskan. Tetapi malangnya, terdapat segelintir pihak yang cuba mempolitikkan misi yang murni ini,” katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata ia tidak menjadi halangan untuk kerajaan meneruskan misi tersebut kerana yang penting ialah memastikan keselamatan warga Malaysia di sana.
“Misi nasional ini turut mendapat dukungan pihak swasta, rakyat dan pihak negara Mesir serta Arab Saudi dengan satu semangat kerjasama yang amat tinggi.

“Inilah ajaran Islam yang sinarannya bersumber daripada cahaya yang diutus oleh Allah s.w.t, iaitu baginda Rasulullah s.a.w,” kata Najib.Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengajak umat Islam supaya menjadikan sambutan Maulidur Rasul yang penuh keberkatan sebagai pemangkin untuk terus melonjakkan transformasi negara secara holistik dalam semua bidang.
Beliau berkata ia bagi melahirkan kekuatan satu ummah yang progresif dan menjadi umat yang hebat sebagaimana Rasulullah s.a.w merupakan insan yang hebat.

Wednesday, February 2, 2011

ABOUT PERANTAU KETEREH

Bertitik tolak Pandangan Peribadi daripada YBhg Tan Sri Annuar Musa pada tahun 2008 yang pada ketika itu merupakan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Kelantan, yang ingin melihat ANAK-ANAK KETEREH yang berada di PERANTAUAN untuk menubuhkan satu organisasi yang boleh merapatkan hubungan & silaturrahim di kalangan ANAK-ANAK KETEREH khususnya yang berada di Perantauan, Lembah Klang dan lain-lain tempat.

Melalui PERANTAU KETEREH, anak-anak Ketereh yang sememangnya berasal daripada Parlimen Ketereh (MELOR /KADOK / KOK LANAS) dapat berinteraksi, bertukar-tukar pandangan serta melakukan aktiviti-aktiviti & perjumpaan yang memberi manafaat kepada setiap ahli dan ANAK-ANAK KETEREH khususnya. Sejak daripada 2008, pelbagai aktiviti telah dilaksanakan dan tanggungjawab hakiki PERANTAU KETEREH untuk memastikan ANAK-ANAK KETEREH yang berada di PERANTAUAN sentiasa terpelihara dan kerjasama erat antara setiap ahli mampu memberi kesan yang mendalam terhadap pembangunan insaniah Warga Ketereh yang berada di Perantauan.

PERANTAU KETEREH turut bertindak sebagai agen dan pusat sehenti bagi ANAK-ANAK KETEREH yang baru memulakan kehidupan di Perantauan untuk berkongsi pandangan, peluang-peluang perniagaan serta peluang pekerjaan yang mampu diusahakan bagi membolehkan hubungan kekeluargaan ANAK-ANAK KETEREH melalui Perantau Ketereh senantiasa mendapat Perlindungan ALLAH SWT.
PERANTAU KETEREH mengalu-alukan semua ANAK-ANAK KETEREH yang sememangnya lahir, dibesarkan, bersekolah dan berasal daripada PARLIMEN KETEREH untuk bersama-sama kami, berorganisasi di bawah satu bumbung, iaitu bumbung keluarga PERANTAU KETEREH.