Sunday, August 14, 2011

RUMAH TERBUKA ANAK PERANTAUAN KETEREH & MAJLIS MESRA AIDILFITRI 2011

TAN SRI PANGLIMA ANNUAR MUSA & JAWATANKUASA PENGUNDI LUAR PARLIMEN KETEREH dengan segala hormatnya menjemput SEMUA WARGA ANAK PERANTAUAN KETEREH ke MAJLIS RUMAH TERBUKA ANAK PERANTAUAN KETEREH & MAJLIS MESRA AIDILFITRI 2011 seperti berikut:

RUMAH TERBUKA & MAJLIS MESRA AIDILFITRI:
TARIKH : 25HB SEPTEMBER 2011
HARI      : AHAD
MASA    : 11 PAGI - 3 PETANG

TEMPAT : RUMAH PENAUNG PERANTAU KETEREH, TAN SRI ANNUAR MUSA
                  NO 10, JALAN SETIABAKTI 3, BUKIT DAMANSARA, KL

Semoga ALLAH memberkati dan meredhai kehidupan kita semua ANAK PERANTAUAN KETEREH. Mohon kehadiran sahabat-sahabat sekalian sekeluarga memeriahkan MAJLIS keluarga kita ANAK PERANTAUAN KETEREH ini. Diharapkan dapat sebarkan maklumat ini dan panjangkan jemputan kepada rakan-rakan yang lain. Wassalam.

SALAM RAMADHAN
Hj Ahmad Helmie Hassan
0143225888

Friday, August 5, 2011

14 OGOS: JEMPUTAN BERBUKA PUASA ANAK PERANTAUAN KETEREH

DENGAN SEGALA HORMATNYA DIJEMPUT SEMUA ANAK-ANAK KETEREH YANG BERADA DI LEMBAH KLANG UNTUK BERSANTAI BERSAMA KELUARGA MASING-MASING BERBUKA PUASA PADA 14HB OGOS 2011 :
MAJLIS BERBUKA PUASA POTLUCK ANAK PERANTAUAN KETEREH 2011 BERTEMPAT DI LAMAN TIBA, TAMAN TASIK TITIWANGSA, KUALA LUMPUR. JAM 6.00PTG - 8.00MLM. HADIRIN SEKALIAN DIMINTA UNTUK MEMBAWA MAKANAN SENDIRI UNTUK HIDANGAN SEKELUARGA SAMBIL KITA BERBUKA DAN BERSANTAI DI HUJUNG MINGGU BERSAMA KELUARGA ANAK-ANAK PERANTAUAN KETEREH SEKALIAN. KITA BERSANTAI BERBUKA PUASA SECARA POTLUCK DIMANA HADIRIN DIKEHENDAKI MEMBAWA HIDANGAN/JUADAH SENDIRI UNTUK HIDANGAN KELUARGA SENDIRI. PIHAK URUSETIA AKAN MENYEDIAKAN MINUMAN, BUAH KURMA DAN SEDIKIT HIDANGAN RINGAN UNTUK TETAMU YANG HADIR. MOHON SEBARKAN DAN MENJEMPUT SEKALIAN ANAK PERANTAUAN KETEREH DI LEMBAH KLANG. WASSALAM.

Thursday, April 14, 2011

8HB MEI 2011(AHAD): 2.00-6.00 PTG: KOMPLEKS FUTSAL PUTRAJAYA, KOMPLEKS PANCARONA, PRECINT 18 : KARNIVAL MESRA FUTSAL ANAK-ANAK KETEREH


KARNIVAL MESRA FUTSAL ANAK-ANAK KETEREH 2011; 8HB MEI 2011 (AHAD) 2PTG-6PTG

Jawatankuasa Penyelarasan PENGUNDI LUAR LEMBAH KLANG PARLIMEN KETEREH menganjurkan KARNIVAL MESRA FUTSAL ANAK-ANAK KETEREH 2011 pada 8hb Mei 2011 (AHAD) bertempat di Kompleks Futsal Putrajaya, Kompleks Pancarona, Precint 18, Putrajaya bermula jam 2.00 ptg - 6.00 ptg. Pihak Urusetia menganjurkan Karnival Mesra Futsal Anak-Anak Ketereh secara kecil-kecilan ini bagi menghubungkan dan merapatkan silaturrahim di kalangan Anak-Anak Ketereh yang berada di Perantauan terutamanya di lembah Klang.
Pertandingan ini terbahagi kepada 2 Kumpulan dan Pemenang keseluruhan akan ditentukan Pemenang diantara Juara Kumpulan A menentang Juara Kumpulan B. Anak-anak Ketereh yang berminat untuk menghantar pasukan anda, sila daftar segera dengan Urusetia: FATIAZI(0179244922) & MANLOYAR(0193223979). Penyertaan adalah PERCUMA dan Jamuan ringan turut disediakan.
Sehubungan dengan itu, pihak Urusetia turut menganjurkan Jamuan Ringan untuk Anak-Anak Ketereh di Perantauan untuk berhubung, berinteraksi dan bertukar-tukar pandangan dan semangat setiakawan anatara Anak-Anak Ketereh yang berada di Perantauan ini amatlah dialu-alukan. Urusetia turut meraikan Pegawai-Pegawai Kerajaan dan Anak-Anak Ketereh yang berada di Putrajaya dan kawasan sekitar dalam satu majlis ringkas yang bakal kami anjurkan ini. Semua di jemput hadir memeriahkan majlis ringkas kami ini.







PERATURAN DAN UNDANG – UNDANG KARNIVAL MESRA FUTSAL ANAK-ANAK KETEREH

1. PENDAFTARAN PEMAIN
 
1.1 Terbuka kepada semua ANAK-ANAK KETEREH berumur antara 18 tahun.
1.2 Pendaftaran pemain hendaklah dilakukan SEBELUM 5HB MEI dengan menggunakan borang yang disediakan oleh Jawatankuasa Penganjur DAN berhubung dengan FATIAZI(0179244922).
1.3 Seorang pemain hanya boleh didaftarkan dalam satu pasukan sahaja. Jika terdapat seorang pemain yang pasukannya telah kalah/menang dan kemudian bermain untuk pasukan lain, maka penyertaan untuk kedua-dua pasukan itu akan dibatalkan.
1.4 Untuk memulakan perlawanan, bilangan minimum pemain untuk satu pasukan adalah lima (5) orang. Jika ada di kalangan pemain diperintah keluar padang dan salah satu pasukan tinggal kurang dari empat (4) pemain, (termasuk penjaga gol), maka permainan hendaklah dibatalkan dan keputusan semasa dikekalkan.
1.5 Bilangan maksimum pengganti yang dibenarkan ialah tiga (3) orang.
1.6 Bilangan gantian dibuat semasa permainan adalah tidak terhad. Seseorang pemain yang telah diganti boleh masuk semula ke gelanggang sebagai pengganti kepada pemain lain.
1.7 Syarat-syarat berikut hendaklah dibuat apabila gantian dibuat semasa bola dalam permainan:
a. Pemain yang meninggalkan gelanggang hendaklah keluar dari kawasan padang berjaring.
b. Pemain yang masuk ke gelanggang hendaklah menunggu sehingga pemain yang hendak keluar telah melintasi pintu jaring.
c. Seseorang pengganti adalah tertakluk kepada kuasa dan kebijaksanaan pengadil semasa memanggil atau tidak untuk bermain.
d. Penggantian dikira sempurna apabila pengganti masuk ke gelanggang, di mana ketika ia menjadi pemain dan pemain yang diganti tidak lagi di anggap pemain.
1.8 Penjaga gol boleh bertukar tempat dengan mana-mana pemain lain dengan syarat kebenaran dari salah seorang pengadil hendaklah diminta terlebih dahulu.
1.9 Pengurus dibenarkan didaftarkan sebagai pemain jika memenuhi syarat 1.1
1.10 Pemain yang sedang menjalani kes jenayah di mana-mana balai polis dan mahkamah tidak dibenarkan mengambil bahagian di dalam pertandingan ini.
1.11 Pemain-pemain tidak dibenarkan merokok, membawa atau meminum minuman keras, mengeluarkan perkataan kasar seperti memaki atau isyarat lucah kepada mana-mana pihak di kawasan dan dalam masa jadual pertandingan berjalan.
1.12 Pemain tidak dibenarkan memakai rantai leher, cincin dan apa-apa barang yang merbahaya kepada diri sendiri dan pemain lain.
1.13 Pemain-pemain adalah terdiri daripada Anak-Anak KETEREH dan hanya dibenarkan 2 orang pemain Import.
   
2. FORMAT PERTANDINGAN
 
2.1 Pasukan yang bertanding akan dibahagikan kepada dua (2) kumpulan. Pusingan pertama/kelayakan adalah secara Liga Kumpulan di mana dua (2) pasukan teratas iaitu Juara setiap kumpulan akan layak ke Perlawanan Akhir. Format kalah mati akan digunakan untuk pusingan seterusnya. Sekiranya keputusan kekal seri dalam masa permainan sebenar, keputusan akan dibuat dalam masa tambahan menggunakan kaedah ‘sudden death’.
   
3. PEMBERIAN MATA DAN PENENTUAN KEMENANGAN
 
3.1 Setiap pasukan yang bertanding akan diberi mata berdasarkan kepada format berikut:
a. Menang – 3 mata
b. Seri – 1 mata
c. Kalah – 0 mata
3.2 Sekiranya setelah semua perlawanan liga selesai, dua (2) pasukan atau lebih didapati memperoleh jumlah mata yang sama, maka susunan penentuan berikut akan diambilkira untuk menentukan pemenang:
a. Kaedah nisbah perbezaan gol iaitu pasukan yang mempunyai perbezaan terbesar antara jaringan gol ‘masuk’ dengan jaringan gol ‘kena’ akan menduduki tempat yang lebih tinggi.
b. Jika masih sama, maka pasukan yang telah menjaringkan bilangan gol paling banyak akan dikira sebagai pemenang.
c. Jika masih sama, maka pasukan yang mengalahkan lawannya dalam pusingan awal akan dikira sebagai pemenang.
d. Jika masih tiada keputusan, Jawatankuasa Penganjur akan menentukan pemenang melalui ‘Toss Of Coin’.
3.3 Bagi perlawanan secara kalah mati, sekiranya berkesudahan dengan seri maka kemenangan akan ditentukan melalui tiga (3) tendangan penalti dan jika masih seri penalti secara ‘Sudden Death’ akan berkuatkuasa mengikut peraturan.
   
4. BOLA DALAM DAN LUAR PERMAINAN
 
4.1 Bola dikira diluar kawasan permainan apabila ianya merentasi garisan gol belakang (Goal Clearance). Untuk memulakan perlawanan semula apabila bola keluar dari kawasan permainan, prosedurnya adalah seperti berikut:
a. Penjaga gol mestilah membaling bola menggunakan tangannya sahaja.
b. Penjaga gol mestilah membaling bola tersebut dalam masa 4 saat.
c. Penjaga gol tidak boleh menyentuh bola itu semula sehingga bola itu telah dimainkan oleh sekurang-kurangnya dua pemain pasukannya ataupun sehingga ia terkena pihak lawan.
d. Jaringan gol TIDAK BOLEH dibuat terus dari ‘goal clearance’ ataupun secara balingan terus dari Penjaga gol.
   
5. MASA PERTANDINGAN
 
5.1 Setiap pertandingan akan berlangsung selama 10 minit (5 minit setiap separuh masa tanpa waktu rehat).
5.2 Semua perlawanan akan dijalankan mengikut susunan jadual yang telah ditetapkan oleh Jawatankuasa Penganjur.
5.3 Jangkamasa bagi separuh masa boleh dilanjutkan untuk membolehkan sepakan penalti diambil.
5.4 Pasukan-pasukan tidak berhak meminta satu perhentian masa (time-out) pada kejohanan ini.
5.5 Semua pasukan dikehendaki mendaftarkan diri antara 2.00 – 2.15 petang 8 Mei 2011 (Ahad) dan mestilah berada di gelanggang permainan 5 minit sebelum perlawanan dimulakan.
5.6 Pasukan yang gagal hadir digelanggang pada masa yang dijadualkan akan diberi masa tangguhan selama 2 minit. Jika setelah tamat tempoh masa yang diberikan, pasukan tersebut tidak juga hadir maka kemenangan percuma akan diberikan kepada pasukan lawan yang hadir dengan kiraan jaringan 2 – 0. Bagaimanapun, tiada sebab bagi pasukan-pasukan memberi kemenangan percuma kepada pasukan lawan.
5.7 Pihak penganjur berhak meminda jadual perlawanan pada bila-bila masa tanpa kebenaran pasukan-pasukan.
   
6. PENANGGUHAN PERLAWANAN
  Jawatankuasa Penganjur akan memutuskan kedudukan perlawanan yang ditangguhkan oleh pengadil kerana tidak dapat dijalankan atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Dalam membuat keputusan, perkara-perkara berikut adalah diambilkira:
6.1 Jika perlawanan dihentikan dalam separuh masa pertama dan Jawatankuasa penganjur berpendapat perlawanan tersebut tidak boleh diteruskan lagi maka keputusan perlawanan akan ditentukan dengan cara sistem tendangan penalti, tanpa mengambil kira sebarang jaringan yang diperolehi oleh kedua-dua pasukan dalam separuh masa pertama.
6.2 Jika perlawanan diberhentikan dalam tempoh masa kedua dan Jawatankuasa Penganjur berpendapat perlawanan tersebut tidak boleh diteruskan lagi maka jaringan gol yang telah diperolehi sehingga perlawanan diberhentikan akan diambilkira. Pasukan yang mempunyai lebih jaringan gol akan diberi kemenangan. Walaubagaimanapun jika semasa perlawanan diberhentikan, kedua-dua pasukan terikat dengan kedudukan seri maka keputusan perlawanan akan ditentukan dengan sistem tendangan penalti.
6.3 Jika perlawanan belum dimulakan dan tidak dapat dimulakan oleh sebab perkara yang tidak dapat dielakkan, maka Jawatankuasa Penganjur boleh memutuskan untuk sepakan penalti sahaja untuk menentukan pemenang perlawanan tersebut.
   
7. PENGADILAN
 
7.1 Pihak Jawatankuasa Penganjur akan menyediakan para pengadil di sepanjang pertandingan yang akan diadakan.
7.2 Setiap perlawanan dikuasai penuh oleh pengadil perlawanan dan dia mempunyai kuasa penuh untuk menyempurnakan perlawanan tersebut mengikut undang-undang pertandingan.
7.3 Keputusan pengadil berkenaan perkara perlawanan adalah muktamad dan tiada sebarang bantahan. Keputusan pengadilan akan dilayan kecuali bantahan bertulis dikemukakan. Rujuk perenggan 8.
   
8. BANTAHAN
 
8.1 Sebarang bantahan hanya boleh dibuat oleh Pengurus/Ketua pasukan dan hendaklah dibuat secara bertulis kepada pengadil yang bertugas ketika itu. Kemudian bantahan tersebut hendaklah dikemukan kepada Pengerusi Jawatankuasa Penganjur tidak lewat dari 30 minit selepas tamat pertandingan tersebut. Surat bantahan hendaklah ditandatangani oleh Pengurus pasukan/Ketua pasukan dan disertakan dengan wang cagaran RM100. Wang cagaran tidak akan dikembalikan sekiranya bantahan tersebut ditolak.
8.2 Sebarang keputusan yang dibuat dari keputusan Jawatankuasa Penganjur/Juri Rayuan adalah muktamad.
   
9. UNDIAN PASUKAN-PASUKAN
 
9.1 Undian yang dibuat adalah muktamad.
   
10. LAIN-LAIN
 
10.1 Format pertandingan seperti di perenggan 2 bergantung kepada jumlah penyertaan dan boleh diubah pada bila-bila masa.
10.2 Pihak Penganjur berhak meminda atau menukar sebarang syarat pertandingan pada bila-bila masa tanpa merujuk kepada para peserta.
10.3 Penyertaan pasukan-pasukan dalam pertandingan adalah pada risiko tersendiri dan pemain-pemain serta penyokong-penyokong pasukan yang terlibat bersetuju tidak akan meletakkan sebarang tanggungjawab kepada pihak penganjur pertandingan ini.
10.4 Pihak Penganjur tidak akan bertanggungjawab di atas kehilangan barang-barang kepunyaan peserta seperti jam tangan, wang tunai, handphone dll semasa kejohanan. Para peserta diingatkan supaya menjaga keselamatan harta benda mereka masing-masing.

Pihak Penganjur KARNIVAL MESRA FUTSAL ANAK-ANAK KETEREH 2011 mengalu-alukan Anak-Anak Ketereh dan semua warga Ketereh untuk bersama-sama hadir menjayakan majlis ringkas dan santai kita ini. Sekian Harap Maklum.

Hj Ahmad Helmie Hassan
014.322.5.888
Penyelaras Pengundi Luar Lembah Klang PARLIMEN KETEREH